Salam.Minggu lepas aku minta abang bawa kek lapis untuk sample di ofis, untuk rasa la... sesiapa yang ingin membuat tempahan sempena raya nanti. Ada lagi Almond Brownies sikit, aku bawakan untuk abang bagi kawan-kawan dia makan. Tiba-tiba, rakan ofis abang order Kek Lapis Asam Manis dan Almond Brownies untuk makan-makan di ofis diorang sempena menyambut Ramadhan. Jadi nya, hari ni la (Selasa,10 Ogos 2010) hari akhir makan siang, sebelum menjelang Ramadhan esok. Di atas order diorang tu, ada compliments dari aku, 1 botol kuih siput dan 20+ biji Muffin Coklat. Di harapkan mereka semua berpuas hati dengan servis dari bakeri aku ni, boleh order lagi nanti.
|
Almond Brownies dengan almond chopped di atasnya... yummy.. |
|
Alamak!! nape mengiring pulak gambar ni. Ini setelah dimasukkan ke dalam kotak. Sebenarnya, ini bukan saiz kotak untuk alas kek tu, kotak yang ada terlalu besar, payah pulak abang nak membawa. Jadi, paksa je la, muatkan aje dalam kotak tu. |
|
Kek Lapis Asam Manis (Haw Flakes). Ini pun order dari rakan ofis untuk makan-makan diorang hari ni. |
|
Kek Lapis Asam Manis |
|
Ini la dia compliments dari aku, Muffin Coklat. Ini dah jadi polisi aku, order dari Bakeri MentegaTepung, akan dapat compliments, but the compliments is depends on The Baker, what she wants to give.. yaaaa |
|
Muffin Coklat |
|
Muffin Coklat |
|
Ini sebenarnya gambar balang Kuih Siput lain, ini order dari rakan ofis abang juga. Gambar kuih Siput compliments aku tak ambil pula, tapi aku ada sertakan sekali sebotol Kuih Siput untuk diorang. |
So, untuk Account Department, KLCC Properties Holdings, hope that anda semua berpuashati dengan servis MentegaTepung ye. Next time, boleh order lagi... Selamat menjamu selera dan Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubarak.... Semoga Ramadhan tahun ini, lebih mendapat Barakah dan menjadi ramadhan yang lebih baik dari tahun-tahun lepas. Wassalam.
No comments:
Post a Comment