Tuesday, August 10, 2010

Cupcakes, Kek Cawan, CC, Kek Comel...

Salam semua. Di post kali ni, nak memberitahu, nak berkongsi, dan nak bercerita berkenaan dengan Cupcakes. Cupcakes, atau juga dikenali sebagai Kek Cawan, Kek Comel atau CC. Struktur nya sama dengan kek biasa, cuma dibubuh dalam cawan kertas yang pelbagai warna, rupa dan bentuk. Lazimnya setelah masak dan sejuk, cupcakes ini akan dihias dengan fondant (pes gula), buttercream, coklat ganache dan sebagainya.

Memang menarik tertarik la... sesuai untuk hantaran pertunangan, perkahwinan, majlis harijadi, majlis cukur jambul, dan pelbagai majlis lagi. Membakar nya tidak terlalu lama. Mempunyai variasi perisa, kebiasaannya perisa yang menjadi kegemaran ramai, perisa vanila, coklat. Juga terdapat dalam perisa pandan, oren, marble (campuran vanila dan coklat).

Jadi, di sini kali ini, aku nak kongsikan cupcakes yang pernah aku hasil kan untuk makan-makan sendiri, berikan kepada jiran-jiran, untuk keluarga merasa, juga ada aku buatkan untuk majlis anak sulung ku, Kakak pada bulan Julai lepas.. jadi, saksikanla...


Cupcakes with fondant untuk anak sulung aku, Kakak (Siti Nur Qistina) sempena hari lahirnya yang ke-4 tahun Julai lepas.
Ni percubaan pertama aku setelah menimba ilmu dengan sifu Kak Jun membuat fondant dari gula aising.
Ni aku buat sebab si CT nak tengok dan rasa cupcakes yang akut buat.  Tu ada word CT tu...
Gambar dari cupcakekasih.blogspot.com. Kak Jun tu la sifu aku. Ni gambar cupcakes with fondant n figurines pelajar-pelajar yang hadir mempelajari asas membuat fondant.
Cupcakes dengan deko buttercream aising. Buat cupcakes ni sempena harijadi anak sulungku. Penat jugak mendekorasi kek ni tau.
Dihidang untuk meraikan Kakak.
Friday Cupcakes. Buat pada hari Jumaat, bertujuan bersedekah kat jejiran. Bagi diorang rasa, tu saje-saje je deko...
Sedia untuk diberikan kepada jejiran. Anak2 aku yang pi hantar.

No comments:

Post a Comment