Tuesday, August 10, 2010

Muffin oh muffin

Ini di antara muffin yang pernah aku buat, tapi untuk makan-makan sendiri, bagi jiran-jiran rasa, tujuan untuk promosi di samping nak berbudi sesama jiran.. bagi juga kat keluarga dan sedara-mara.

Coklat Muffin dalam dibubuh, luar ditabur coklat chips. Ini compliments for ofis abang di atas order Kek Lapis, Almond Brownies dan Kuih Siput. Terima kasih daun keladi, nanti order la lagi yer.. kalau sedap war-warkan la pada kengkawan,sedara mara,keluarga dan jejiran. kalau tak sedap atau lebih manis la ... kurang sedap, sila komen, agar komen anda membina karier baru saya ni... yer.TQ.
Coklat Muffin ni pulak, dalam cup kotak2 ni, aku minta abang hantarkan ke ex-ofis aku, DBKL 3, Jalan Raja Laut, khas untuk kengkawan di Jabatan Bangunan, bolehla diorang rasa. Mana la tau diorang nak order, menolong kawan diorang ni yang tak lagi bekerja, duk umah jaga anak, sesambil boleh menjana pendapatan keluarga, menambah pendapatan poket aku ni. Macamana?sedap tak?
Senget lagi gambar ni. Ini Muffin Coklat setelah dipacking. Nah.. rasala kengkawan ku.
For compliments.
Muffin Coklat untuk saudara dari Sabah datang ke Semenanjung atas urusan perkahwinan anak mereka. Muffin coklat, di dalam coklat chips, di atas ditaburi coklat rice, manik warna.
Ini pun untuk saudara dari Sabah. Ditaburi manik emas, pun ada jugak.
Ini pulak Muffin perisa oren dengan mix dry fruits (campuran buahan kering). Sedap tau..
Ini pula Muffin Vanila, perisa vanila la... aku kan kreatif. Kreatif ke?kreatif la sangat!!! aku bubuh marshmallow warna di atasnya dan ditaburi coklat chip... namapak macam manis, tapi tak... sesedap rasa...  SEDAAPPPP..

No comments:

Post a Comment