Thursday, August 19, 2010

Ammar's Birthday

e
Chilled Bleuebery Cheese Cake ni, saja aku buat. Main birthday cake is Chocolate Cake, ini sampingan he.. yummy
Hah!! ni la dia Kek Coklat untuk insan kecik tersayang, Happy Birthday Ammar.. semoga Ammar jadi anak soleh yer..
Comot sikit la kek ni... bz sangat on that day... sampai nak touch up pun dah tak sempat...
Meh!!! Umi tolong Ammar potong kek yer..
Haa.. nganga mulut tu... makan kek Umi buat ni, sedap tau..
Ammar n Papa... comot la mulut Ammar tu
Tok Ayah.. makan kek coklat.. sedap tak Tok Ayah??
Tetamu yang meraikan harijadi Ammar... besar kawan-kawan Ammar kan?Taklah.. ni kawan-kawan Mak Usu nya.. Kakak.. Peace, Angah?Senyum jer...
Hai buat ape tu?
Mak Tok menadah tangan, mengaminkan doa yang dibaca oleh Papa Ammar. Mak Teh tu buat ape?tersenyum-senyum di belakang Mak Tok. Yang di depan ni, Makcik Papa, nun jauh datang dari Sabah
Antara tetamu yang hadir di harijadi Ammar
Harijadi anak aku yang ketiga. Dah 1 tahun. Sambut di rumah mak ayah aku di Kg. Melayu Majidee, Johor Bahru. Tak ramai yang hadir, alhamdulillah, yang meramaikan dan yang meriahnya sebab ada budak-budak, kawan-kawan adik aku.

Monday, August 16, 2010

Order dari Zack KooL-Pandan Prune Layer Cake

Kek Lapis Pandan Prune order dari Zack Kool. Pelik la dia ni, aku biasa jual segiempat, tapi dia nak yang bulat. Terima kasih abg Zack order, nanti boleh la order lagi yer.
Ini kira compliments dari aku sebab abg Zack order Kek Lapis Pandan Prune tu. Ini dia Muffin Pandan, sedap tak abg Zack?

Tuesday, August 10, 2010

Cupcakes, Kek Cawan, CC, Kek Comel...

Salam semua. Di post kali ni, nak memberitahu, nak berkongsi, dan nak bercerita berkenaan dengan Cupcakes. Cupcakes, atau juga dikenali sebagai Kek Cawan, Kek Comel atau CC. Struktur nya sama dengan kek biasa, cuma dibubuh dalam cawan kertas yang pelbagai warna, rupa dan bentuk. Lazimnya setelah masak dan sejuk, cupcakes ini akan dihias dengan fondant (pes gula), buttercream, coklat ganache dan sebagainya.

Memang menarik tertarik la... sesuai untuk hantaran pertunangan, perkahwinan, majlis harijadi, majlis cukur jambul, dan pelbagai majlis lagi. Membakar nya tidak terlalu lama. Mempunyai variasi perisa, kebiasaannya perisa yang menjadi kegemaran ramai, perisa vanila, coklat. Juga terdapat dalam perisa pandan, oren, marble (campuran vanila dan coklat).

Jadi, di sini kali ini, aku nak kongsikan cupcakes yang pernah aku hasil kan untuk makan-makan sendiri, berikan kepada jiran-jiran, untuk keluarga merasa, juga ada aku buatkan untuk majlis anak sulung ku, Kakak pada bulan Julai lepas.. jadi, saksikanla...


Cupcakes with fondant untuk anak sulung aku, Kakak (Siti Nur Qistina) sempena hari lahirnya yang ke-4 tahun Julai lepas.
Ni percubaan pertama aku setelah menimba ilmu dengan sifu Kak Jun membuat fondant dari gula aising.
Ni aku buat sebab si CT nak tengok dan rasa cupcakes yang akut buat.  Tu ada word CT tu...
Gambar dari cupcakekasih.blogspot.com. Kak Jun tu la sifu aku. Ni gambar cupcakes with fondant n figurines pelajar-pelajar yang hadir mempelajari asas membuat fondant.
Cupcakes dengan deko buttercream aising. Buat cupcakes ni sempena harijadi anak sulungku. Penat jugak mendekorasi kek ni tau.
Dihidang untuk meraikan Kakak.
Friday Cupcakes. Buat pada hari Jumaat, bertujuan bersedekah kat jejiran. Bagi diorang rasa, tu saje-saje je deko...
Sedia untuk diberikan kepada jejiran. Anak2 aku yang pi hantar.

Muffin oh muffin

Ini di antara muffin yang pernah aku buat, tapi untuk makan-makan sendiri, bagi jiran-jiran rasa, tujuan untuk promosi di samping nak berbudi sesama jiran.. bagi juga kat keluarga dan sedara-mara.

Coklat Muffin dalam dibubuh, luar ditabur coklat chips. Ini compliments for ofis abang di atas order Kek Lapis, Almond Brownies dan Kuih Siput. Terima kasih daun keladi, nanti order la lagi yer.. kalau sedap war-warkan la pada kengkawan,sedara mara,keluarga dan jejiran. kalau tak sedap atau lebih manis la ... kurang sedap, sila komen, agar komen anda membina karier baru saya ni... yer.TQ.
Coklat Muffin ni pulak, dalam cup kotak2 ni, aku minta abang hantarkan ke ex-ofis aku, DBKL 3, Jalan Raja Laut, khas untuk kengkawan di Jabatan Bangunan, bolehla diorang rasa. Mana la tau diorang nak order, menolong kawan diorang ni yang tak lagi bekerja, duk umah jaga anak, sesambil boleh menjana pendapatan keluarga, menambah pendapatan poket aku ni. Macamana?sedap tak?
Senget lagi gambar ni. Ini Muffin Coklat setelah dipacking. Nah.. rasala kengkawan ku.
For compliments.
Muffin Coklat untuk saudara dari Sabah datang ke Semenanjung atas urusan perkahwinan anak mereka. Muffin coklat, di dalam coklat chips, di atas ditaburi coklat rice, manik warna.
Ini pun untuk saudara dari Sabah. Ditaburi manik emas, pun ada jugak.
Ini pulak Muffin perisa oren dengan mix dry fruits (campuran buahan kering). Sedap tau..
Ini pula Muffin Vanila, perisa vanila la... aku kan kreatif. Kreatif ke?kreatif la sangat!!! aku bubuh marshmallow warna di atasnya dan ditaburi coklat chip... namapak macam manis, tapi tak... sesedap rasa...  SEDAAPPPP..

Tempahan Biskut dan Kek Lapis untuk Hari Raya 2010 dibuka

Salam semua. Hari ni, Selasa esok Rabu, bermula kita umat Islam menyambut puasa, Ramadhan 1431H. Tetapi hari ni, nak war-warkan tempahan biskut, kek lapis untuk raya tahun 2010 telah  dibuka.

Jadi, kepada sesiapa yang ingin menempah, boleh la emel kan tempahan anda kepada saya sebelum saya tak sempat nak buat tempahan anda itu. Atau anda boleh menghubungi saya di talian 016-9187023. 

Ini adalah antara biskut serta Kek Lapis yang saya buat

Biskut Makmor. 50biji RM16, so 100biji R32M
Kuih Siput, pedas-pedas,manis-manis,lemak-lemak,masin-masin, berempah...1 botol/balang ini- 1/2kg=500gm RM8
Kek Lapis Asam Manis (Haw Flakes). Saiz 8x8 inci, berat 1.3++kg RM55
Kek Lapis Asam Manis. Macam ini la setelah dipacking untuk customer.
Kenapa laa.. gambar ni menyenget macam ni... tak pe.. Nampak juga kan? Ini Kek Lapis Pandan Coconut Milk Prune. Saiz 8x8 inci berat 1.3++kg. Harga RM55.
Ini Kek Lapis Asam Manis setelah dipotong2. Ini buat untuk sample dan makan-makan tempoh hari.

Order dari ofis abang (KLCC Properties Holdings-Account Department)

Salam.Minggu lepas aku minta abang bawa kek lapis untuk sample di ofis, untuk rasa la... sesiapa yang ingin membuat tempahan sempena raya nanti. Ada lagi Almond Brownies sikit, aku bawakan untuk abang bagi kawan-kawan dia makan. Tiba-tiba, rakan ofis abang order Kek Lapis Asam Manis dan Almond Brownies untuk makan-makan di ofis diorang sempena menyambut Ramadhan. Jadi nya, hari ni la (Selasa,10 Ogos 2010) hari akhir makan siang, sebelum menjelang Ramadhan esok. Di atas order diorang tu, ada compliments dari aku, 1 botol kuih siput dan 20+ biji Muffin Coklat. Di harapkan mereka semua berpuas hati dengan servis dari bakeri aku ni, boleh order lagi nanti.


Almond Brownies dengan almond chopped di atasnya... yummy..
Alamak!! nape mengiring pulak gambar ni. Ini setelah dimasukkan ke dalam kotak. Sebenarnya, ini bukan saiz kotak untuk alas kek tu, kotak yang ada terlalu besar, payah pulak abang nak membawa. Jadi, paksa je la, muatkan aje dalam kotak tu.
Kek Lapis Asam Manis (Haw Flakes). Ini pun order dari rakan ofis untuk makan-makan diorang hari ni.
Kek Lapis Asam Manis
Ini la dia compliments dari aku, Muffin Coklat. Ini dah jadi polisi aku, order dari Bakeri MentegaTepung, akan dapat compliments, but the compliments is depends on The Baker, what she wants to give.. yaaaa
Muffin Coklat
Muffin Coklat
  
Ini sebenarnya gambar balang Kuih Siput lain, ini order dari rakan ofis abang juga. Gambar kuih Siput compliments aku tak ambil pula, tapi aku ada sertakan sekali sebotol Kuih Siput untuk diorang.

So, untuk Account Department, KLCC Properties Holdings, hope that anda semua berpuashati dengan servis MentegaTepung ye. Next time, boleh order lagi... Selamat menjamu selera dan Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubarak.... Semoga Ramadhan tahun ini, lebih mendapat Barakah dan menjadi ramadhan yang lebih baik dari tahun-tahun lepas. Wassalam.